Sign In

News Digest Article

Direct from the Source
    Yayasan PETRONAS sumbang 100 peranti
    Published On: 23-May-2022 | by Hamzah Sanudin

    ​Seramai 100 murid dari tiga sekolah rendah di daerah ini menerima peranti berdaya Internet yang disumbangkan oleh Yayasan PETRONAS.


    Sumbangan itu diberikan menerusi Program Sentuhan Ilmu ‘Bridging the Online Learning Divive (BOLD) bagi menangani masalah literasi dalam kalangan murid yang memerlukan. 

    Pembantu Menteri Belia dan Sukan Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, inisiatif itu sangat baik bagi membantu keluarga B40 di negeri ini. Katanya, sumbangan itu adalahbertepatankeranasejak berlakunya pandemik COVID-19, golongan B40 sangat terjejas sehingga menyukarkan mereka menyediakan bahan pembelajaran untuk anak mereka. 

    “Kita dapat melihat pembelajaran sekarang turut menggunakan sistem dalam talian dan banyak rujukan juga diperolehi melalui Internet. “Justeru, dengan adanya sumbangan peranti kepada murid golongan B40 ini, dapat memudahkan mereka memperolehi rujukan dalam talian dan tidak lagi ketinggalan mata pelajaran, ” katanya. 

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu berkata demikian dalam majlis penyerahan sumbangan peranti, di sini kelmarin. Menurutnya, Yayasan PETRONAS juga turut memberikan sumbangan serupa kepada daerah Sandakan, Keningau dan Tuaran yang meliputi keseluruhan sebanyak 400 penerima di seluruh Sabah.

     “Saya melihat ia satu langkah yang terbaik oleh PETRONAS bagi membantu meringankan beban dan meningkatkan pembelajaran murid kurang berkemampuan di negeri ini,” katanya.

    Dalam pada itu, menerusi program berkenaan Yayasan PETRONAS menyediakan peranti berdaya Internet serta modul pembelajaran digital dan sokongan oleh tutor sukarelawan kepada 2,000 murid sekolah rendah di seluruh negara. 

    Ia membolehkan murid berumur tujuh sehingga sembilan tahun menyertai pembelajaran jarak jauh, berinteraksi dengan rakan dan bersama meneruskan usaha meningkatkan kemahiran literasi. 

    Turut hadir, Pengurus Unit Libat Urus PETRONAS Sabah dan Labuan Jeannifer Sudian; Pembantu Unit Perancangan PETRONAS Sabah dan Labuan Alexsius Albert dan Pengurus. Komunikasi Media PETRONAS Sabah dan Labuan Jackson Sawatan.

    Posted Under :
    PETRONAS; Yayasan PETRONAS;
    Source: Pressreader
    Category: PETRONAS