Sign In

News Digest Article

Direct from the Source
    Tiket PETRONAS Terbuka Malaysia mula dijual Khamis
    Published On: 25-May-2022

    ​Peminat badminton tempatan boleh mula membeli tiket untuk Kejohanan PETRONAS Terbuka Malaysia 2022 yang akan dijual bermula jam 2 petang Khamis ini.


    Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi satu kenyataan berkata, tiket yang bermula dari harga RM25 hingga RM500 itu boleh dibeli menerusi laman web www.myticket.asia.

    Kejohanan berprestij itu akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil bermula 28 Jun hingga 3 Julai depan dan bakal menyaksikan kehadiran barisan pemain terbaik dunia menyertainya.

    "Kejohanan tahun ini menggunakan nama baharu dan akan dikenali sebagai PETRONAS Terbuka Malaysia 2022. Kami berbesar hati untuk mempunyai jenama global bersama kami dan berterima kasih kepada PETRONAS atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi," kata Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh.

    PETRONAS Terbuka Malaysia 2022 adalah salah satu daripada lima kejohanan utama di bawah kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah AS$675,000 (RM2.96 juta)

    Ketika edisi terakhir penganjurannya pada 2019, jaguh China, Lin Dan muncul juara perseorangan lelaki manakala Tai Tzu Ying memenangi perseorangan wanita.

    Posted Under :
    PETRONAS; Malaysia Open;
    Source: Berita Harian
    Category: PETRONAS